aku masih lagi dok belajar editing gambar orang.. agak-agak editing mcm ni ok tak? sila la komen apa yg patut.. tq

aku masih lagi dok belajar editing gambar orang.. agak-agak editing mcm ni ok tak? sila la komen apa yg patut.. tq

samekom.. asik edit gambaq org ja, kali ni edit gambaq org rumah la pulak.. gambaq ni lama dah.. saja nak try buat facial touch-up dgn style mcm lomo sket.. sila la komen apa yg patut.. saya baru belajar.. hehe


Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin kepada semua kawan dan kenalan. mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap, terkasar bahasa, terlebih bicara, tersentuh jiwa.. semoga Syawal tahun ini membawa keberkatan kepada semua.. Semoga bergembira di hari raya dan hati-hati bila memandu.. terima kasih..
assalamualaikum wbt..
pada 13hb September 2009 yang lalu, aku telah berkesempatan join satu majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Rumah Yakin Al-Wadi Baling Kedah. Majlis ini dianjurkan oleh ahli FMDC utara diketuai oleh Encik Hadzley Harith. majlis yang berlangsung agak simple tetapi sgt meriah apabila lebih 30 org ahli FMDC utara hadir meraikan anak-anak yatim disini. kegembiran jelas terpancar di wajah mereka. sesungguhnya majlis sebegini sgt berfaedah kerana bagi aku kerana kadang-kadang aku sendiri terlupa betapa beruntungnya aku jika dibandingkan dengan sebilangan hamba Allah yang lain di dunia ini. seharusnya setiap kita bersyukur dengan apa yang kita ada, dan bersyukur dengan setiap org yang menyayangi kita.
terima kasih tidah terhingga kepada Ustaz Daud yang menjaga kesemua anak2 di sini. hanya Allah swt dapat membalas segala jasa tuan. terima kasih juga kepada semua kawan2 FMDC di atas sumbangan yang telah diberikan. akhir sekali terima kasih kepada semua anak-anak Yakin Al-Wadi kerana menyambut kami dengan mesra, dan yang paling penting terima kasih kerana memberi sedikit kesedaran kepada kami..
Bagi yg berminat utk mengetahui dgn lebih lanjut tentang Rumah Al-Wadi ini,atau ingin menyampaikan sumbangan anda, boleh lah berhubung terus dgn pihak pengurusan di sana:
RUMAH YAKIN ANAK ANAK YATIM/ MISKIN AL-WADI
Lot 4185, 09200 Kupang,
Kedah Darul Aman.
Tel: 04-4724895 Faks: 04-4707728
HP: 013-4001001 (Ustaz Daud)
Akaun Bank Islam: 02048 010013676
Akaun BSN: 02100 4100000162 2
RUMAH YAKIN AL-WADI
*berikut sedikit kenangan bersama anak-anak Yakin Al-Wadi



















Submission for 3rd Photogame “Fill Light Image”. More info at www.syednasir.com . everyone are welcome to join this Photogame.

Berkesempatan join PhotoGame yang dianjurkan oleh sifu Syed Nasir. Memang menarik aktiviti ni sebab boleh mengasah minda dan kreativiti kita dalam satu2 keadaan. Bagus syed buat aktiviti ni, org jauh dekat semua bleh join. kalo dah cikgu tu memang takkan lari dgn tabiat seorang cikgu kan.. sharing is learning.. thanks bro..
more detail about photo game – www.syednasir.com/photoblog
ni penyertaan aku untuk photogame no.2 “D.I.Y High Key Image”. banyak lagi Artwork yg lain di laman web beliau.

Dah berkurun blog ni tak di update, apa punya org la.. Julai tahun ni sibuk gila <–alasan hehe.. tapi lepas ni insyaAllah aku update. byk jgk gambaq nak up ni.. ok..


Hasil seterusnya telah siap. Terima Kasih kepada kedua-dua pengantin atas kerjasama yang telah diberikan. Semoga mahligai yang dibina beroleh keberkatan dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu.






